Sunday, 13 May 2012

Thursday, 29 March 2012

Sekadar renungan....

••►Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

••►Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

••►Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

••►Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

••►Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian....
 

Sunday, 25 March 2012

Ya Allah..Izinkanlah hamba

Ya Allah..
tika hamba bertemu dengan seseorang 
   hamba jatuh cinta
izinkanlah hamba menjadi yang terbaik untuknya
    dan dia terbaik untuk hamba
 Ya Allah..
bila hamba menjadi suami seseorang
izinkanlah hamba menjadi pelindung dirinya                                                       
    izinkanlah wajah hamba menjadi kesenangan
baginya
    izinkanlah mata hamba menjadi keteguhan baginya
izinkanlah hamba menjadi tempat melepas 
   keresahan baginya
izinkanlah setiap perkataan hamba menjadi
   kesejukan hatinya
                                                                                             
Ya Allah..
   izinkanlah setiap pertemuan menjadi
kami bersyukur denganMu
   izinkanlah hati yang sangat halus ini tidak pernah
merasa tersakiti
   izinkanlah hati yang lemah ini tidak pernah 
merasa terkhianati
Ya Allah..
    jiwa kami berada dalam genggamanMu
maka izinkanlah jiwa kami selalu bertaut
    dalam cintaMU
Ya Allah..
permintaan terakhirku , semoga kami berdua
    di dalam perlindunganMu.....amin





Friday, 24 February 2012

Takdir cinta...

Aku menangis...di malam syahdu ini ku singkapkan tirai semalam yang telah berlalu pergi

cinta semalam bagaikan haruman mawar yg memerah di halaman..kini...tiada lagi kasih dan sayang aku hanyut dlm perasaan sendiri . Sesungguhnya terlalu banyak kenangan di antara kita yg tidak bole aku lupekan wlaupn aku berpura2 utk melupakanmu...

ssnguhnya terlalu berat keputusan yg kau berikn pdku..aku menangis , bukan kerana ku ingin kau kembali padaku tetapi aku menangis krn cinta yg dibina dgn pnuh cinta dan ikhlas retak begitu sahaja dan aku terpaksa belajar untuk melepaskan kamu pergi...

betapa susahnya hatiku krn kamu ibarat nyawa hidupku , inspirasi hatiku sgalanyanya aku perlukanmu...aku trsenyum wlau hatiku berduka, sambil mendoakan kebahagiaan drimu aku pasrah dgn khendakNYA..tiada kasih yg lebih manis melainkan kasih cinta dan tiada kasih yg lebih ngeri daripada putus cinta...

cinta akan hidup bersama waktu..jika mati waktu maka mati lah cinta itu..jika kita mencintai sseorg , kita akan sentiasa mendoakannnya wlaupun die tidak berada di sisi kita....

Friday, 7 October 2011

mengapa lelaki menangis??


Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.


lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang,amat jujur dan setia.Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih . Sekarang amat susah mencari lelaki seperti ini . Kebanyakan lelaki yg ada di sekeliling kita adalah lelaki yg bersikap egois , maka menangis sebab dosa pun xmahu dibuat , apatah lagi kerana bersyukur mendapatkan sesuatu

     


Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah , maksudnya rasa berkasih sayang dan rasa ingin saling mengambil berat . Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikirannya , bersangka baik dan tidak suka berkata buruk walaupun sekelumit cuma...

Thursday, 6 October 2011

mengapa wanita sering menangis???

kerana wanita itu unik...
Aku ciptakannya sebagai makhluk yang istimewa...
Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya...
Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman...
Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia...
Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang disaat yang lain menyerah...
Aku berikan naluri untuk mencintai anak-anak dlm apa jua keadaan sekali pun...


Aku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman...
Walau disakiti oleh 'orang' yang disayangi..
Wanita makhluk yang kuat...
tetapi jika suatu saat dia menangis itu kerana
aku berikannya air mata untuk membasuh luka batin...
dan memberi kekuatan yang baru...
Wanita itu sungguh istimewa..

Sunday, 2 October 2011

Segalanya Milik-Mu

Kau yang menciptakan cinta
dan kau juga yang menghampar bahagia
diribaanMu terhimpun harapan
impian tulus setiap insan

kau yang mengutuskan duka
dan engkaulah yang mengirimkan hampa
namun padaMU jua diadukan
merebahkan keresahan dan tangisan

aku tahu inilah kasihMU
aku tahu inilah cintaMU
dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
tak semuanya yang ku mahu

munculah hangat nafas yang terhela
ada dingin saat menyebut namaMU
terarah segala ronda rasa
pada damai dakapanMU

aku tahu inilah kasihmu
aku tahu inilah cintaMU
dan ku tahu disegenap ruang rasaku
telah kau titipkan kekuatan..oh Tuhan